1. Privasi Data Peribadi
Notis privasi ini adalah berasaskan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, di mana menghuraikan bagaimana data peribadi anda dikumpul, dikendalikan dan pilihan anda berkaitan dengan data peribadi anda. Fakta-fakta berikut menjelaskan amalan kami dalam pengumpulan dan penzahiran maklumat.
1.1. Tujuan-tujuan
Data Peribadi boleh diproses untuk tujuan berikut:
• untuk berkomunikasi dan/atau membalas sebarang permintaan anda untuk mendapatkan maklumat;
• untuk mengekalkan dan meningkatkan hubungan pelanggan;
• untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda;
• untuk memproses pertukaran atau pemulangan produk;
• untuk memberitahu pelanggan terhadap maklumat terkini berkaitan dengan produk, berita dan acara, ganjaran dan promosi;
• untuk memahami dan menganalisis jualan kami, keperluan dan pilihan pelanggan kami;
• untuk menjawab pertanyaan atau aduan anda dan menyelesaikan sebarang isu dan pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan sebarang urusan dengan kami;
• untuk tujuan pemasaran langsung melalui panggilan telefon, e-mel, whatsapp, mel, media sosial dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai ;
• untuk menyelenggara dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman;
• untuk tujuan pentadbiran dalaman;
• untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan juruaudit untuk tujuan audit dalaman dan pelaporan kami;
• untuk audit, pengurusan risiko dan tujuan keselamatan;
• untuk mengesan, menyiasat dan mencegah aktiviti penipuan, dilarang atau menyalahi undang-undang;
• untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan yang berkenaan dan membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada kami;
• untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak kami dan hak anda di bawah, dan untuk mematuhi, kewajipan kami di bawah undang-undang, perundangan dan peraturan;
• untuk menjalankan pengesahan dan semakan latar belakang sebagai proses pengambilan dan pemilihan berkaitan dengan permohonan anda untuk bekerja dengan kami; dan/atau;
• untuk sebarang tujuan yang bersampingan, sampingan atau lanjutan kepada tujuan di atas.
1.2. Diskripsi
Jenis data peribadi yang dikumpul:
• Nama
• Nombor Kad Pengenalan/ Nombor pendaftaran syarikat
• Alamat
• Tarikh Lahir
• Nombor Telefon
• Alamat Emel
2. Keselamatan, Penyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi
Data peribadi anda akan disimpan dengan selamat dalam salinan keras di pejabat kami dan/atau dalam server kami yang terletak di dalam Malaysia, sama ada dikendalikan oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami.
Kami akan berusaha untuk memastikan kesemua data peribadi yang dibekalkan kepada kami supaya dilindungi dan disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. Sebarang data peribadi yang didedahkan kepada kami akan dikekalkan oleh organisasi kami selama data peribadi tersebut diperlukan untuk tujuan yang tersebut di para 1.1 di atas/atau diwajibkan oleh undang-undang.
3. Pindaan kepada Polisi Privasi
Kami berhak untuk meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu kepada anda. Sila merujuk maklumat terkini di laman web kami https://topmixhpl.com/.
4. Kebenaran
Topmix bertujuan menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk tujuan transaksi komersil yang sah dengan kebenaran anda dan memberitahu anda promosi dan berita kami yang terkini, dan obligasi anda untuk mendedahkan data peribadi kepada kami adalah secara rela and tidak diwajibkan.
Kami hanya menyimpan data peribadi selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang ditentukan semasa kami mengumpul data peribadi tersebut. Kami mengekalkan data peribadi berdasarkan garis panduan, prosedur dan prinsip dalaman kami dan selaras dengan Akta perlindungan Data Peribadi 2010.
Data peribadi anda telah didedahkan kepada jabatan dalaman kami, seperti perkhidmatan pelanggan, jualan dan pemasaran, pengendali sistem, rakan pemasaran bersama mengenai aktivitiq yang dijalankan oleh syarikat kami. Semua jabatan yang berkaitan akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit, selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan akan memproses maklumat peribadi tersebut hanya untuk tujuan yang sepatutnya, yang anda telah bersetuju.
Dengan mematuhi PDPA, data peribadi anda dalam pangkalan data kami akan dilindungi dan tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis anda.
5. Akses, Pembetulan dan Aduan
Jika anda ingin membuat pertanyaan, meminta akses atau penbetulan atas data peribadi anda, atau membuat aduan, anda boleh membuat sedemikian dengan menghubungi kami di careline@topmixhpl.com.
Kami akan terus memberikan keutamaan untuk melayan anda dengan sedaya upaya.
TOPMIX RESOURCES SDN. BHD (738450-T) DEKORACIO TOP SDN. BHD. (1212878-X)
No.8&10, Jalan Bistari 11, Taman Industri Jaya, 81300 Skudai, Johor,Malaysia.
Tel :+607- 571 2060
Tel :+65- 9827 9036
Fax :+607- 511 3080
TOPMIX RESOURCES SDN. BHD.(738450-T)
No. 3, Jalan Subang 7, Taman Perindustrian USJ1, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Tel :+603- 5888 9190
Fax :+603- 8011 8268
ISNIN – JUMAAT: 8:30 AM – 5:30 PM
SABTU: 8:30 AM – 1:00 PM
AHAD: Tutup
*Tutup pada Hari Kelepasan Am